Wednesday, October 19, 2011

macam2..

sorang budak yg mcm P**imak da resign...bagus tindakkan dia...makin hari makin best pulak keje kfc ni...setiap ari aku slalu berpikir tentang masa dpn...nak kawin tapi duit x cukup (atau dlm ayat yg senang x de duit la..)hurrmmm...Ya Allah..permudahkan la urusan ku ini...

Aku akan sentiasa mnyayangi dirimu walau bermacam2 dugaan yg dtg...aku harap hubungan kita kekal hingga akhir hayat...

Thursday, October 13, 2011

KFC...

btol kate org2 kfc...bila da keje lebih setahun kt kfc ni..susah nk tinggalkan mcm tu jek...hurmmm...walaupun penat...tapi keseronokkan tu x de kt tmpat lain..its feel SoGood...harap semuanya akan berjalan lancar dan dipermudahkan segala urusan...amin...

Monday, August 15, 2011

life...

aku masih lagi dok memikirkan tentang masa dpn aku kt kfc ni...x tau nak teruskan ke atau resign...

Friday, August 12, 2011

~Hakim Story~: resign..

~Hakim Story~: resign..: "semenjak 2 mnjak ni...aku asyik pikir nak resign je...da x larat nak keje KFC da...pening asyik pikir kan org2 yg suka KIPAS ni...buat sakit..."

resign..

semenjak 2 mnjak ni...aku asyik pikir nak resign je...da x larat nak keje KFC da...pening asyik pikir kan org2 yg suka KIPAS ni...buat sakit ati pun ade gak...rasa mcm nak langgar je ngan lori org2 mcm ni...x patut hidup diaorang ni....hurrmmm...ya Allah...berilah aku prtunjuk...

Tuesday, August 09, 2011

KELEBIHAN SOLAT SUNAT TERAWIKH

KELEBIHAN SOLAT SUNAT TERAWIKH
Diriwayakan oleh Saiyidina Ali r.a, daripada Rasulullah S.A.W, sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W tentang fadhilat(kelebihan) sembahyang sunat terawikh pada bulan Ramadhan:


Malam 1-keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam 2- diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawikh serta kedua ibu-bapanya(sekiranya mereka orang beriman)

Malam 3- berseru Malaikat di bawah 'Arash supaya kami meneruskan sembahayang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4- memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan AL-QURAN.

Malam 5- Allah kurniakan naya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam 6- Allah kurniakannya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma'mur(70 ribu Malaikat sekali tawaf) serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan Terawikh pada malam ini.

Malam 7- seolah-olah dia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi Alaihissalam menentang musuh ketatnya Firaun dan Hamman.

Malam 8- Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawikh sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim Alaihissalam.

Malam 9- Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

Malam 10- Allah swt mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.

Malam 11- keluar ia daripada dunia(mati) bersih daripada dosa sepertimana ia baru dilahirkan.

Malam 12- datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya(cahaya ibadatnya).

Malam 13- datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam 14- datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawikh, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam 15- semua Malaikat yang menanggung 'Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya mengampunkannya.

Malam 16- Allah swt tuliskan baginyaterlepas dari neraka dan dimasukkannya ke dalam Syurga.

Malam 17- Allah kurniakanorang yang berterawikh pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-nabi.

Malam 18- Seru Malaikat 'Hai Hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibu bapa engkau (yang masih hidup atau mati).

Malam 19- Allah swt tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam 20- Allah swt kurniakan baginya pahala sekalian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam 21- Allah binakan sebuah Istana dalam Syurga daripada Nur.

Malam 22- datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan( tidaklah dalam keadaan huru hara di Padang Mahsyar).

Malam 23- Allah swt binakan baginya sebuah bandar di dalam Syurga daripada Nur.

Malam 24- Allah bukakan peluang 24 doa yang mustajab bagi orang bertarawikh malam ini( elok sekali berdoa ketika dalam sujud)

Malam 25- Allah Taala angkatkan daripadanya siksa kubur.

Malam 26- Allah kurniakan kepada orang bertarawikh pahala pada malam seumpamanya 40 tahun ibadat.

Malam 27- Allah kurniakan kepada orang berterawikh pahala pada malam ini ketangkasan melintas atas titian siratulmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28- Allah swt kurnikan kepadanya 1000 darjat di akhirat.

Malam 29- Allah swt kurnikan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam 30- Allah swt beri penghormatan kepada orang bertarawikh pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali,lalu berfirman


"Hai hambaKu,makanlah segala jenis buah-buahan
yang engkau ingin hendak makan di Syurga, dan
mandilah engkau daripada air syurga yang bernama
Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang
dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W yang
bernama Al-Kauthar"

errmm

Sometimes people think, 'Well, why don't you work with a script?' I said, 'The script is only a part of this process. It's only the foundations. It is only a blueprint.-Wong Kar Wai

Monday, August 08, 2011

afternoon

lg 1jam nak masuk keje da...ermmm...mcm malas jek nak gi keje...

sahur

alhamdulillah...aku br pas sahur...sambil mendengar bacaan ayat2 suci di astro Oasis...layan...rasa tenang je...

hari yg sibuk

hari ni sgt bz kat kfc...ramai yg berbuka kat sini...nak ckp jgn datang x bley gak...sebab gaji aku pun dtg dari dorang...td smpai aku rasa nak resign je keje...tp nanti x tau plak nak keje ape...rasa mcm nak keje production blik pun ade gak...rindu plak...jawatan yg ade skang pun ok...x de masalah sbenarnya...cuma aku x suka jd cashier...hurrmmm

Sunday, August 07, 2011

keje

ari ni keje rasa lemah je...x larat ...hurrmmmm...semenjak dua mnjak ni...aku rasa mcm nak Resign je...x larat plak keje kfc...mcm mane ek... God Help Me!!!!!!!

mc day...

ari ni aku x bekerja sebab dpt mc...pergi je klinik td...doc. ckp darah aku naik...aku pun trkejut gak...muda2 da ade darah tinggi..maybe sebab byk keje kot...minggu ni je aku x de cuti...ari ni cuti pun sebab mc...kalo x...memang x dpt la cuti...mcm ni kehidupan pekerja2 Fast Food....ari ni x de buat ape sgt..selain on9 dan tgk tv...

Saturday, August 06, 2011

haii...

lame btol x on blogger ni...kerana kesibukkan yg melanda..mnyebabkan aku x de mase...